Maklumat am Satu_Cinta_Dua_Jiwa

Mengikut seni kata yang ditulis oleh Ucu untuk lagu ini, pihak kedua diseru agar tidak gentar menyerlahkan rasa cinta terhadap persona yang terpendam dalam dirinya walaupun berlainan latar keperibadiannya.

Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.